Cari Blog Ini

Rabu, 4 April 2012

*TersenTUH HatI* bahagian 1

Pada kali ini aku ingin tuliskan satu kisah cinta yg benar wujud dlm hidup ini..tp bukan lah kisah cinta aku..huhu...setelah aku mendengar kisah ini...aku amat tertarik sekali utk menulis kisah ini...wlpun aku xpandai mengarang...aku tetap mahu tulis kisah ini...kerna kisah ini amat menyentuh pintu hati ini...






  
 Part 1....

       Kelas tambahan makin bising kerana cikgu belum muncul,pelajar-pelajar membuat hal sendiri ada yang sedang membaca dan ada yang membuka kelab bual.Wan,seorang lelaki yang tinggi dan hitam manis serta tampan sedang membaca buku.tiba-tiba seorang gadis masuk ke kelas.Wan terpana seketika,melihat gadis tersebut bagai sesuatu perasaan yang dia sendiri tidak paham.Gadis tersebut mengambil tempat duduk beserta kawan-kawannya.

       Gadis itu bernama Syaznie seorang yang baik serta manis.Tiap-tipa hari pergi ke kelas tambahan pada waktu malam dihantar oleh papanya. Setelah seminggu Wan memerhati syaznie,dia dengan beraninya menyatakan hasrat untuk menjadi kawan kepada Syaznie."erm...maafkan kan saya,saya mahu bercakap dengan kawan awak sekejap boleh?" kata Wan kepada Kawan Syaznie,Zura."Boleh-Boleh cakap aje la,saya sudi mendengar,"sambil ketawa kuat."Saya ingin berkawan dengan saudari syaznie,boleh kah?"tanya Wan lagi.Syaznie hanya mengangguk tanda setuju. Wan memang seorang yang gentleman serta berhati puitis.Setiap kali Syaznie buat apa-apa setiap kali itu wan akan memerhati Syaznie."Syaz,cuba kau tengok wan tu asyik tengok kau je..lain macam aje aku tengok dia...dia syok kt kau kot..?"Kawan Syaznie mengatakan bahawa Wan meminati Syaznie."Eh mana ade dia syok kt aku,kau jangan ngada-ngada reka cerita.."Syaznie menemplak."Kalu kau tak percaya,cuba kau jatuh kan pensil dan kau tgk ape hasilnya..". Syaznie pon menjatuhkan pensil,Wan segera memandang Syaznie dan senyum kearah Syanie,"Kan betol aku cakap dia syok kat kau".kata Zura, namun Syaznie tidak pernah ambil peduli.

      Pada suatu malam,Wan bertanya kepada Syaznie,"awak datang dengan sapa? dengan selamba Syaznie menjawab,"Buah hati hantar"..Wan terkedu seketika,hatinya hancur berkecai.Pada malam itu dia cuba mengintai Syaznie balik bersama siapa..Wan tersenyum puas melihat bahawa papa Syaznie yang mengambilnya.Hatinya cukup lega sekali.Dia tahu bahawa Syaznie belum berpunya."belum berpunya kah dia"dialog Wan dlm hati.

      "oh..awak tipu saya ek,awak kata buah hati awak datang hantar..rupanya papa awak yang dtg hantar"Kata wan kpd syaznie."hehehe..papa saya kan buah hati saya la."balas Syaznie.Bagi Syaznie,Wan seorang lelaki yang amat mengambil berat dan menjaga hati orang disekeliling.Syaznie tahu Wan cinta  dia tapi hatinya sekadar suka sebagai kawan terhadap Wan tapi bukan cinta.wan terlalu sempurna untuknya.

      Pada pertengahan Februari,seorang jejaka tampan,berkulit putih dan mata kuyu iaitu Aiman telah menawan hati Syaznie.Syaznie begitu tertarik kepada Aiman.sesi perkenalan Syaznie dan Aiman adalah biasa sahaja bermula dengan menukar salam bertukar menjadi kawan dan akhirnya bibit-bibit cinta muncul,Wan mengetahui hal ini namun dia tidak pernah kecewa dan berhenti mengharap terhadap Syaznie.Makin kuat cinta dihati Wan terhadap syaznie. 


bersambung ke part 2.....................

Isnin, 2 April 2012

Main masak2....

hari sabtu 31/3/2012.......aku main masak2 nga mama...best woooo.....3 resepi berjaya disiapkan gara2 adik aku yg kemaruk nk mkn....antara resepi2 yg berjaya disiapkan adalah....jeng3....

APAM POLKADOT....
yum..yum...sedap lah apam ni...sgt lembut n enak....menyelerakan....utk membuat apam ni memang mmerlukan seni....aku ni bkn berseni pon...asalkan jd apam sudah....hahahahhahaah

resepi yg ke-2 plak.........



KEK CHEESE....
erm...agak susah jgk la nk buat kek ni...kos nya pon agak lah mahal jgk....1st time buat..nsb baik menjadi....kalau tak..rugi aku....tp kek ni memang sedap....sedap sgt2....

Resepi yg ke-3 yg berjaya disiapkan oleh aku ialah.....


PUDING CARAMEL....
Wah2...sedap bangat yg ini....tp terlalu manis lah plak aku buat...hhahaahah...tp menjadi tau...sedap lg....aku igt dh xjd dh...sbb puding ni kn susah sikit nk buat...nati aku nk buat bg kt kwn2 la rase...hahhaha...mane tau blh jual....hehehe....

Penat memang penat buat resepi2 ni tp kepuasan yg penting....erm...akhir kata...sebagai perempuan rajin2 la belajar masak.....bru lah jd Isteri Pilihan....hahahha